|
PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR
PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM
By silamgemilang

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM
Tarikh : 23hb / Julai / 2009 Tempat Dewan Sri Budiman SMK Agaseh, Lahad
Datu.
Perasmian Oleh : YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen
Malaysia Merangkap
Duta Keamanan PBB
LAHAD DATU- Program ini disempurnakan oleh YB. Tuan Hj. Salleh Haji Kalbi,
Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB beliau
berkata; Setiap rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga
kebersihan alam sekitar. Perubahan cuaca yang ekstrem, yang ada kaitan
dengan fenomena cuaca luar biasa, kawasan pesisir pantai yang semakin
terancam, pencairan glasier, peningkatan kandungan asid di dalam air laut,
gelombang panas dan perubahan tabii’ haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah
tanda-tanda amaran pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil yang
berlebihan untuk menghasilkan tenaga menyebabkan peningkatan pelepasan
karbon dioksida ke atmosfera yang turut menyumbang kepada pemanasan
global.
Program Rakan Alam Sekitar peringkat Parlimen P188 Silam bertujuan memberi
kesedaran alam sekitar disetiap lapangan masyarakat hingga ke akar umbi.
Rasa tanggungjawab dikalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil
bahagian dalam menjaga alam sekitar. Masyarakat umum perlu melaporkan atau
aduan kepada Jabatan Alam Sekitar jika berlaku pencemaran yang boleh
merosakkan pemandangan.
Keadaan persekitaran kita semakin berubah. Walaubagaimanapun, situasi ini
boleh diperbaiki sekiranya peka dan prihatin terhadap isu pemanasan global
dengan mengamalkan amalan mesra alam bagi menjamin kelestarian alam untuk
generasi akan datang.
Amalan menjaga kebersihan merupakan satu tuntutan agama Islam. Oleh itu,
setiap individu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan Bandar supaya
keindahan dan keceriaan dapat di adaptasi secara optimum. Pelbagai kempen
telah diadakan seperti gotong royong perdana,ceramah dan program Rakan
Alam Sekitar. YB. Salleh berkata; Pelancong yang datang ke Silam akan
merasa selesa,senang dan akan mengkhabarkan kepada rakan-rakannya bahawa
keindahan Silam sebagai pusat Bandar pelancongan amat bersih dan mempunyai
udara nyaman.Matlamat ini mudah tercapai jika setiap individu memberi
kerjasama padu bagi menjaga kebersihan.
Seorang pelajar SMK Agaseh bernama Rudy mengajukan soalan kepada Proffesor
Dr. Selmijah Shurif dari UKM berhubung penjagaan alam sekitar. Selmijah
berkata ; penerapan nilai-nilai murni dan kempen-kempen kebersihan yang
melibatkan institute masjid,sekolah,kampung-kampung penting bagi mencapai
kejayaan Bandar bersih. YB. Salleh berkata; Sebanyak 9 buah sekolah
mengikuti pertandingan Rekacipta. Syabas dan tahniah kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan di Parlimen Silam yang menyertai pertandingan
rekacipta dari bahan terbuang dimana Johan dimenangi oleh Sekolah SMK
Silabukan dengan membawa pulang cek RM6,000.00.Sekolah yang lain
masing-masing menerima RM1,000.00 sebagai saguhati. Pengadil bagi
pertandingan ini terdiri daripada 13 orang professor Doktor dari UKM yang
sedang membuat kajian penyelidikan pembangunan rakyat (PROPER) P188 Silam.
Turut hadir sama Shazly Abd. Rahim Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar,
Cawangan Tawau, Proffesor Dr. Musa ahmad Dekan Fakulti Sains dan Teknologi
UKM dan seramai 13 orang professor Doktor dengan kepakaran masing-masing,
Murukesu A/L M. Margapandu Pengetua SMK Agaseh, Jabatan kerajaan
Persekutuan dan negeri dan pelajar-pelajar serta orang ramai.
ARMENDRAH ABDUL RASHID
Penganalisis SilamGemilang
|