Last updated Friday, 30 August, 2019 08:59:23 PM


Higher Education in Malaysia  →  Community Colleges



Higher Education in Malaysia    Community Colleges    Kolej Komuniti Kuching


 
Kolej Komuniti Kuching Kolej Komuniti Semporna Kolej Komuniti Tawau
Kuching Community College Semporna Community College Tawau Community College

Community Colleges in Malaysia
   
Johor
Kolej Komuniti Bandar Penawar
Branch campus in Bandar Tenggara
Kolej Komuniti Ledang, Tangkak
Kolej Komuniti Pasir Gudang
Branch campus in Tanjung Piai, Pontian
Kolej Komuniti Segamat, Segamat
Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Aman
Kedah
Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra
Kolej Komuniti Kulim, Kulim
Kolej Komuniti Sungai Petani
Kolej Komuniti Langkawi, Langkawi
Melaka
Kolej Komuniti Masjid Tanah
Kolej Komuniti Bukit Beruang
Kolej Komuniti Jasin, Jasin
Kolej Komuniti Selandar, Selandar
Negeri Sembilan
Kolej Komuniti Jelebu, Kuala Klawang
Kolej Komuniti Jempol, Bahau
Pahang
Kolej Komuniti Bentong, Karak
Kolej Komuniti Kuantan, Kuantan
Kolej Komuniti Mentakab, Temerloh
Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang
Kolej Komuniti Rompin, Kuala Rompin
Kolej Komuniti Cawangan Raub, Raub
Penang
Kolej Komuniti Bayan Baru, Air Itam
Kolej Komuniti Kepala Batas
Kolej Komuniti Cawangan Bukit Mertajam, Tanah Liat
Kolej Komuniti Cawangan Nibong Tebal, Simpang Ampat
Kolej Komuniti Cawangan Tasek Gelugor
Perak
Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar
Kolej Komuniti Grik, Gerik
Kolej Komuniti Pasir Salak, Kampung Gajah
Kolej Komuniti Sungai Siput, Sungai Siput
Kolej Komuniti Teluk Intan, Seri Manjung
Perlis
Kolej Komuniti Arau, Arau
Selangor
Kolej Komuniti Hulu Langat, Kajang
Kolej Komuniti Hulu Selangor, Rawang
Kolej Komuniti Kuala Langat
Kolej Komuniti Sabak Bernam
Kolej Komuniti Selayang, Batu Caves
Terengganu
Kolej Komuniti Kuala Terengganu

Kolej Komuniti Kuching
Jln. Sungai Tengah
93050 Kuching
Sarawak
Malaysia
Phone Number: 082-313322

Selayang Pandang

Kolej Komuniti Kuching ialah Kolej Komuniti yang pertama ditubuhkan di Sarawak dan ia merupakan salah sebuah daripada 10 buah Kolej Komuniti perintis Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Jun 2001. Kampus induknya kini adalah di Jalan Sultan Tengah di kawasan Parlimen P.168 Petra Jaya dan jaraknya 10 km dari pusat Bandaraya Kuching.

Kolej ini mula beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching,
dengan lapan orang staf perintis. Sejumlah 26 orang pelajar telah berdaftar sebagai kumpulan pertama untuk mengikuti Kursus Sijil Automotif dan Kursus Sijil Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian pada 12 Jun 2001.

Hingga Sesi Julai 2006 terdapat 300 orang pelajar mendaftar sepenuh masa di Kolej Komuniti Kuching. Hingga kini sebanyak 3 kursus telah ditawarkan sepenuhnya iaitu
a. Sijil Pelukis Pelan Seni Bina
b. Sijil Fesyen dan Pakaian
c. Sijil Pelancongan dan Pengembaraan

Kolej Komuniti merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej Komuniti Telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Memorandum ini mengandungi konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej Komuniti berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Dua belas (12) buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada 2001.

Di peringkat pusat, Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti (BPKK), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia pengurusan semua Kolej Komuniti KPTM. Di peringkat institusi pula, Kolej Komuniti di ketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu pegawai-pegawai kanan, pensyarah/pengajar dan juga kakitangan sokongan.

VISI
“Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan”

MISI
“Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan”

MOTO
“Satu Pendekatan dan Latihan Bersepadu”

OBJEKTIF

Menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan:
• menganjur dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan menengah;
• menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan(k-communities);
• menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiaran (up-skilling) dan melatih semula(re-skilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat;
• menyediakan rangkaian strategik(Strategic Networking) untuk pengukuhan aktiviti sosio-ekonomi di kalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh (stakeholders);
• menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusat komuniti

PROGRAM KURSUS

Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan dua (2) jenis program kursus:

• Kursus Sijil Sepenuh Masa
• Kursus Jangka Pendek

MAKLUMAT KURSUS SIJIL SEPENUH MASA

Kursus-kursus sepenuh masa yang ditawarkan di Kolej ini ialah:

i. Sijil Pelukis Pelan Senibina
ii. Sijil Pelancongan & Pengembaraan
iii. Sijil Fesyen & Pakaian
Struktur Kursus

• Tempoh minima kursus sijil ialah 2 tahun (4 semester) dan tempoh maksima 5 tahun (10 semester).
• 1 semester bersamaan 6 bulan.
• Latihan industri dilaksanakan pada semester ketiga

Bayaran Yang Dikenakan

• Yuran Pengajian : RM 200.00 setiap semester pengajian.
• Yuran Pelbagai : RM 210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja.

Kemudahan Asrama

Kolej Komuniti Kuching tidak menyediakan asrama. Pegawai Pengambilan boleh membantu mendapatkan tempat tinggal.

Bantuan Kewangan

Pelajar layak memohon pinjaman Tabung Pinjaman Pelajaran KPTM atau bantuan Kewangan/ biasiswa/ pinjaman dari mana-mana penaja yang lain. Elaun sebanyak RM250 akan diberi kepada pelajar yang layak.

Syarat Kelayakan Masuk

• Calon mestilah WARGANEGARA Malaysia.
• Lulus peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) atau SIJIL PELAJARAN MALAYSIA VOKASIONAL (SPMV) Lulus Bahasa Melayu.
 

Web Analytics
Public Colleges in Malaysia