|
SK Kampung Simunul
http://skkgsimunul.blogspot.com/2010/03/hari-unit-beruniform-2010.html
07HB MAC , 1986----Sekolah ini didaftarkan sebagai sebuah Sekolah Kebangsaan
(SK) dan ditumpangkan sementara di balairaya Kampung Selamat selepas beroperasi
di bawah Ahli Jawatankuasa Penempatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai
Pelarian (UNHCR). Pada awalnya hanya terdapat tiga orang tenaga pengajar yang di
kepalai oleh Cik Musalmah Bt Mohd Lipai.
9HB JULAI , 1986----Sekolah ini menerima kehadiran seorang Guru Besar yang
pertama dalam sejarahnya iaitu En Santa Amir Husin. Dengan adanya seorang guru
besar, penstrukturan semula pentadbiran telah dibuat di mana bilik pentadbiran
diwujudkan serta bilik darjah ditambah untuk memenuhi keperluan akibat
pertambahan bilangan murid. Mulai saat itu, sekolah ini terus menerima guru
besar , guru-guru baru dari dalam dan luar daerah. Sehingga sekarang ada empat
orang guru besar yang telah berjasa dalam menyumbang karier mereka ke arah
perkembangan sekolah ini. Mereka ialah :
En Santa B. Amir Husin( 1986 - 1989 )
Encik Yahya B. Ali Bakar( 1989 -1992)
Tn Haji Saidin B. HjAbd Rashid( 1993 -1994)
Pn Maimunah Bt . Hj Ali Osman(1994-1999)
Encik Abd Rashan B. Hj Ibrahim (2000 - Sekarang)
Pada tahun 1989 SK. Simunul di naikkan taraf ke dalam kumpulan sekolah gred A.
18HB 0G0S , 1998-----Tarikh yang amat membahagiakan semua warga SK Simunul,
Semporna apabila telah berpindah dan beroperasi sepenuhnya di bangunan baru.
Jarak antara kedudukan bangunan baru dibina dengan bangunan lama hanya kira-
kira 200 meter sahaja. Pada tahun berikutnya bilangan guru/KTBM bertambah
seramai 54 orang. Manakala bilangan murid mencecah sehingga seramai 900 orang.
11HB. MAC , 1999----- Tarikh paling bersejarah bagi sekolah ini apabila ia
dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB. Datuk Najib Razak. Beliau
diiringi oleh beberapa orang menteri dan Tuan Pengarah Pendidikan Sabah Dr
Hasbullah Hj Mohd Taha. Upacara perasmian yang gilang-gemilang diadakan di mana
seluruh warga SK. Simunul, menggembeleng tenaga bagi persiapan perasmian
tersebut. |